31 March 2013

Sy mintak Maaf


Tiap Kali awak buat silap saya merajuk, tapi bukan sebab saya tak sayang awak lagi dah, saya cuma nak awak pujuk. Awak jangan marah saya ye. Saya sayang awak.

(Ambil dari Ayat-Ayat Cinta :Saya Tak Merajuk)

p/s: Ayg tetap syg anje A love heart emoticon

~Love Story~

20 February 2013

Pemimpin jangan pentingkan diri sendiri


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? “Baginda s.a.w. menjawab, “ hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.”

~Love Story~ 

BRIM 2.0

Kepada belia2 yg dh dpt BRIM 2.0 Tahniah!!! Woohoo

Ni just nak share pengalaman time ambik duit BRIM semalam (19/2/2013), mana la tau ada yg nak tau cmne proses dye...

Semalam g ambil BRIM kt pejabat UMNO cawangan. Bangunan tu ada dua tingkat pastu kat luar bangunan ada khemah, org x payah cakapla..ramai sangat2..hehe.

Masa on da way nak g pejabat UMNO tu jalan jem tp nasib baik dah ada pasukan RELA yang kawal pergerakan lalu lintas kuar masuk bangunan UMNO tu, maka xdala teruk sgt jem dye. Kalo tak ada yang jaga alamat sampai petang agaknya stuck kat jalan.

Sampai je kat bangunan UMNO tu macam blur2 x tau nak pegi kat mana satu (nk g khemah ke?? nk g pejabat ke?? ape ke?? ) Rolling Eyes . Then, datang kakitangan kt situ (Wanita UMNO asenyer):-

"Adik nk ambik BRIM ke?"
"Ya"
"Adik pegi kt khemah tu, jgn lupa bwk kuar surat gn i.c ea"
"Oh...ok, Mekasih" 

*hehe...cmtula lbih kurang*

Pastu pegila kt khemah yg dimaksudkan tu sambil bwak kuar surat gn i.c siap2. (Kt khemah tu kena beratur). Ada 4 kaunter yg dibuka dekat khemah tu, nasib baik semalam pegi pagi (so orang x ramai sangat n kena beratur tu pn kejap je dh sampai kt depan..hehe). Pas dah sampai kt kaunter tu terus serahkan i.c dgan surat yg salinan dye nak tu. Then kakitangan yg jage kaunter tu akan check i.c kita gn ic kat surat tu sama ke tidak (kalo sama kira pasla). Pas dah check dye serahkan balik ic gan bg 1 kad yg dah siap tulis nombor cm no giliran time periksa dulu tu..


(ni contoh kad dye)

Lepas dh dpt kad ni, dye suh naik tngkat atas pulak untuk ambik baucer BRIM pulak. (Jgan isau bab memang dh ada org jge siap2 tggl follow step jer)..

Kat tngkat atas ada satu dewan besar macam dewan makan macam tu siap ada kerusi sume. Masuk je dewan kakitangan yg uruskan tu suh duduk dlu n then dye akan suh bangun ikut row untuk elakkan benda jadi huru-hara n kacau bilau. 

Dalam dewan tu ada banyak kaunter n ada dua check point. Check point 1 dye akan serahkan baucer n suh kita isikan nama gan ic kat baucer tu (tak pun org kaunter t yg tolong isikan). Pastu dye akan suh pegi kat check point kedua pulak. Check point kedua ni kita serahkan baucer tadi, bagi ic pastu dye akan scan ic kita nak make sure bukan ic tipu, serahkan duit tunai n akan mintak kita cap jari kat resit menandakan kita dah ambik duit. Pastu habis hehe..leh ambik duit n balik. (Masa ambik duit tu diorang bg sampul cam sampul raya tu tuk isi duit)...[make sure ic dkeluarkan dr plastik tu siap2 tau]

(ni contoh sampul)

p/s: kepada sape2 nak ambil BRIM tu jgn lupa bawak ic gan surat ea kalo x t penat je dtg...pastu gunakanlah wang yg dberi sebaik mungkin.

~Love Story~


18 February 2013

Penyakit hypothyroid??

Rasanya macam dah lama sangat2 x tulis dalam ni..
Sejak start keje selalu je xda masa..

Sian kt En.Bf (anje sabar tau)

Klinik yang saya kerja ni merupakan specialist in hypothroid--> hypo tau bkn hyper
Menurut doktor ni hampir semua org kt Malaysia ni ada penyakit hypothroid

Sebab tu sekarang ni mcm2 penyakit timbul..
Yg x pnah allergic tiba2 ada allergic
rasa takut n berdebar2 lebih dr biasa kdang2
tak boleh fokus dlm kelas
cepat lupa
susah nak ingt, hafal byk kali pn belum tentu ingt
dan macam2 lagi kesan penyakit hypothyroid ni.
So penawarnya kena la mkn ubat thyroid cm T3:T4, cortisol, DHEA dll
Tp ubat2 ni bkn boleh sebarangan makan, kena wt blood test dlu n dr blood test tu baru leh tau hormon apa yg kurang dlm badan kita n baru doktor akan bg ubat hormon ikut blood test kita.

p/s: even sy sendiri pn doktor ckp ada thyroid huhu (x_X)

~Love Story~

10 January 2013

Aku, Dia & Tong Sampah

Suke citer ni..hehe sebab cm sweet je jln citer dye..Wow! Impressed?
En.Bf sila habiskan tgk ea (hehe--cm paksa je bunyik)<-- tak2, tak paksa pn

Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah.
(Kredit tu tn punye: Blog Pereka Cerita)


perekacerita
Klik sini
Atau boleh tgk kt:-
 




(tgk je sini ...hehe)

Giggling smiley

p/s: selamat menonton ea...terutama kpd En.Bf

~Love Story~

Cara buat kotak comey (part 2)

Arini nak terang mcm mana nak tukar mengikut citarasa sendiri ea..Big cheesy grin (hehe)

ni kod aritu:-
.post blockquote { background-image:url(Image URL anda); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 2px Solid #FA58D0; margin:1em 20px;-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
dan ini maksud kod2 tu:-

Warna Merah = Link URL background image yg dipilih
Warna Biru = Ketebalan garisan luar kotak
Warna Oren = Kod html warna garisan
Warna Hijau = Jenis garisan
Warna Pink = Bentuk kotak
Ni cara untuk tukar ea...(kod yg tidak berwarna tidak perlu diusik ea)...

1. Warna Merah (url image)
    --> ni link website tuk pilih URL image yg kiut miut (boleh pilih background yg menjadi pilihan hati ea)
Klik sini
   --> lepas dh pilih sila copy URL image tersebut.
   --> cara copy image URL:-
         (right klik pada image>klik 'copy image URL')
   --> pastekan dekat kod yg telah diwarnakan merah
   --> siap 1..Clappy

2. Warna Biru (tebal garis kotak)
   --> ketebalan garis boleh tukar mengikut citarasa masing2
   --> tulis 0 kalo xnk ada garis 
   --> tulis nombor (1,2,3,....) untuk tebal garis (lg besar nombor lg tebal la garis tu)
   --> siap 2...Clappy

3. Warna Oren (kod Html warna garisan)
   --> ni link website tuk kod warna html (boleh pilih warna mana berkenan ea)

HTML Color Codes
Klik sini
   --> cara untuk copy kod HTML:-
        (klik pada kotak warna>copy kod yg diberikan)
copy kod ni
   --> pastekan dkat kod yg diwarnakan oren
   --> siap 3...Clappy

4. Warna Hijau (jenis garisan)
   --> ni jenis2 garisan untuk kotak (boleh pilih n taip kt tempat yg dh warnakan hijau tu)

   --> siap 4...Clappy

5. Warna Pink (bentuk kotak)
   --> cara nak tukar border shape bleh rujuk blog ni ea:

Klik sini

Klik sini
   --> copy kod bentuk yg nak buat tu n pastekan kt tempat yg diwarnakan pink tu
   --> kalo nak empat segi tepat je (xnk tukar bentuk pape dh), delete sume kod warna pink tu
   --> Siap 5...Clappy

Phew
Phew...panjangnya (penat taip hehe)

p/s: jgn lupe komen ea 

~Love Story~

Sakit Rahang


Bangun je pg td rase kt bahagian rahang belah kiri cm semacam je..pastu kepala rasa pening sgt cm nk berpusing cmtuCrying 1(atit..huhu).

Then bile nk mkn mulut xleh bukak besar2...nk bukak skit pn rasa susah sgt, rasa cm rahang nk dislocate (lari dr kedudukan asal..hehe) pn ade..Crying 1

Acaner ni....Scared 2???

Maka dgn bantuan pakcik Google, maka cari la cara untuk selesaikan masalah ini...n jumpe gn 1 blog ni yg terangkan tentang penyakit sakit rahang ni..

Gigi Warisan Kita <--- ni link blog tu

Menurut tuan punyer blog:

Nama penyakit ni:-
Temporamandibular Disorder (TMD)

Diagnosis atau simptomnya ialah:-
  • Sakit kepala dan sakit pada kawasan telinga
  • Tidak boleh membuka mulut dengan luas
  • Sendi berbunyi apabila membuka mulut
Punca atau akibat:- 
1. Suka mengunyah pada waktu malam tanpa sedar (bruxism)

2. Suka mengetap gigi setiap masa atau semasa stress (clenching)
3. Habit menggigit pensel
4. Posture yang tidak betul
5. Sedia ada mempunyai penyakit sendi seperti arthritis, gout, jangkitan kuman atau neoplasia."
6. Terlalu banyak duduk menggunakan komputer
7. Masalah sakit jiwa
8. Stress
9. Pernah trauma pada bahagian muka
10. Sakit pada bahagian leher dan bahu

Scared 1apa???


Alamak abis tu acaner ni huhu...ni nk wtpe ni?

Rawatan/ Langkah Pencegahan:-
1. Kurangkan stress
2. Lakukan urutan pada bahagian yang sakit
3. Letak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit
4. Betulkan posture badan semasa membuat kerja
5. Buang tabiat menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi.
P/s: segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor atau pakar pergigian terdekat anda..huhu

P/S tuk diri sendiri: agaknye stress sgt kot huhu, xpn sbab guna komputer byk sgt huhu..tp smlm x gune sgt pn huhu Crying 2

~Love Story~