10 January 2013

Aku, Dia & Tong Sampah

Suke citer ni..hehe sebab cm sweet je jln citer dye..Wow! Impressed?
En.Bf sila habiskan tgk ea (hehe--cm paksa je bunyik)<-- tak2, tak paksa pn

Aku, Dia dan Tong Sampah adalah sebuah komedi romantik yang mengisahkan dua insan, Sharnaz dan Amir yang baru sahaja putus cinta. Mereka bertemu ketika hendak membuang surat cinta bekas kekasih mereka di tempat pembuangan sampah.
(Kredit tu tn punye: Blog Pereka Cerita)


perekacerita
Klik sini
Atau boleh tgk kt:-
 




(tgk je sini ...hehe)

Giggling smiley

p/s: selamat menonton ea...terutama kpd En.Bf

~Love Story~

Cara buat kotak comey (part 2)

Arini nak terang mcm mana nak tukar mengikut citarasa sendiri ea..Big cheesy grin (hehe)

ni kod aritu:-
.post blockquote { background-image:url(Image URL anda); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 2px Solid #FA58D0; margin:1em 20px;-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
dan ini maksud kod2 tu:-

Warna Merah = Link URL background image yg dipilih
Warna Biru = Ketebalan garisan luar kotak
Warna Oren = Kod html warna garisan
Warna Hijau = Jenis garisan
Warna Pink = Bentuk kotak
Ni cara untuk tukar ea...(kod yg tidak berwarna tidak perlu diusik ea)...

1. Warna Merah (url image)
    --> ni link website tuk pilih URL image yg kiut miut (boleh pilih background yg menjadi pilihan hati ea)
Klik sini
   --> lepas dh pilih sila copy URL image tersebut.
   --> cara copy image URL:-
         (right klik pada image>klik 'copy image URL')
   --> pastekan dekat kod yg telah diwarnakan merah
   --> siap 1..Clappy

2. Warna Biru (tebal garis kotak)
   --> ketebalan garis boleh tukar mengikut citarasa masing2
   --> tulis 0 kalo xnk ada garis 
   --> tulis nombor (1,2,3,....) untuk tebal garis (lg besar nombor lg tebal la garis tu)
   --> siap 2...Clappy

3. Warna Oren (kod Html warna garisan)
   --> ni link website tuk kod warna html (boleh pilih warna mana berkenan ea)

HTML Color Codes
Klik sini
   --> cara untuk copy kod HTML:-
        (klik pada kotak warna>copy kod yg diberikan)
copy kod ni
   --> pastekan dkat kod yg diwarnakan oren
   --> siap 3...Clappy

4. Warna Hijau (jenis garisan)
   --> ni jenis2 garisan untuk kotak (boleh pilih n taip kt tempat yg dh warnakan hijau tu)

   --> siap 4...Clappy

5. Warna Pink (bentuk kotak)
   --> cara nak tukar border shape bleh rujuk blog ni ea:

Klik sini

Klik sini
   --> copy kod bentuk yg nak buat tu n pastekan kt tempat yg diwarnakan pink tu
   --> kalo nak empat segi tepat je (xnk tukar bentuk pape dh), delete sume kod warna pink tu
   --> Siap 5...Clappy

Phew
Phew...panjangnya (penat taip hehe)

p/s: jgn lupe komen ea 

~Love Story~

Sakit Rahang


Bangun je pg td rase kt bahagian rahang belah kiri cm semacam je..pastu kepala rasa pening sgt cm nk berpusing cmtuCrying 1(atit..huhu).

Then bile nk mkn mulut xleh bukak besar2...nk bukak skit pn rasa susah sgt, rasa cm rahang nk dislocate (lari dr kedudukan asal..hehe) pn ade..Crying 1

Acaner ni....Scared 2???

Maka dgn bantuan pakcik Google, maka cari la cara untuk selesaikan masalah ini...n jumpe gn 1 blog ni yg terangkan tentang penyakit sakit rahang ni..

Gigi Warisan Kita <--- ni link blog tu

Menurut tuan punyer blog:

Nama penyakit ni:-
Temporamandibular Disorder (TMD)

Diagnosis atau simptomnya ialah:-
  • Sakit kepala dan sakit pada kawasan telinga
  • Tidak boleh membuka mulut dengan luas
  • Sendi berbunyi apabila membuka mulut
Punca atau akibat:- 
1. Suka mengunyah pada waktu malam tanpa sedar (bruxism)

2. Suka mengetap gigi setiap masa atau semasa stress (clenching)
3. Habit menggigit pensel
4. Posture yang tidak betul
5. Sedia ada mempunyai penyakit sendi seperti arthritis, gout, jangkitan kuman atau neoplasia."
6. Terlalu banyak duduk menggunakan komputer
7. Masalah sakit jiwa
8. Stress
9. Pernah trauma pada bahagian muka
10. Sakit pada bahagian leher dan bahu

Scared 1apa???


Alamak abis tu acaner ni huhu...ni nk wtpe ni?

Rawatan/ Langkah Pencegahan:-
1. Kurangkan stress
2. Lakukan urutan pada bahagian yang sakit
3. Letak ‘cold ice pack’ pada kawasan yang sakit
4. Betulkan posture badan semasa membuat kerja
5. Buang tabiat menggigit pensel, mengetap gigi atau mengunyah gigi.
P/s: segeralah mendapatkan rawatan daripada doktor atau pakar pergigian terdekat anda..huhu

P/S tuk diri sendiri: agaknye stress sgt kot huhu, xpn sbab guna komputer byk sgt huhu..tp smlm x gune sgt pn huhu Crying 2

~Love Story~

5 January 2013

Update: Rebat RM200

(sumber: SKMM)

Ni update mengenai rebat RM200 dimana pelajar/pekerja yg berumur 21-30 tahun dh bleh start mendaftar kt website SKMM:-

Website SKMM <-- Klik sini untuk terus pergi ke website
 Ni antara syarat2:-


Dan ni yg terbaru:-

p/s: untuk maklumat lanjut bleh trus pegi ke website SKMM trus... (dgr rebat RM200 ni terhad untuk yg terawal je -->berape had org xsure)--->cpt2la mendaftar ea

~Love Story~

Men are From Mars, Women are From Venus

Hubungan lelaki & perempuan memang perkara yg rumit n sukar dfahami...



Menurut (Adlie Syamsudin Samsudin-->penterjemah buku 'Men are from Mars, Women are from Venus):-

"Pertama kali sy membaca buku ini, lama sy terdiam memikirkan betapa bodohnya diri saya. Sesudah 7 tahun berumah tangga, komunikasi dgn isteri sy masih mnjadi misteri. Selalunya reaksi beliau ckup membingungkan sy. Baru sy faham reaksi beliau adalah cara perempuan berfikir. Bukan isteri sy sahaja yg pelik tetapi semua perempuan pn begitu. Bagitu juga bg kaum wanita, perangai suami mereka ckup aneh. Jgn khuatir! Bukan suami puan seorg, lelaki memang begitu"
-->kdang2 laki x pham ape yg perempuan fikirkan dan perempuan x pham ape yg lelaki fikirkan<--
-->kdang2 kita ingt org tu fikir mcm apa yg kita fikir sedangkan sebenarnya kita salah<--

Menurut penulis buku (John Gray):-

"Penulis menjelaskan mengapa kebanyakan konflik rumah tangga dan di pejabat berpunca drpd salah anggap yg lelaki dan perempuan itu sama sifatnya dan wajar dberi layanan yg serupa"

--> ada sebab mengapa tuhan menciptakan Adam & Hawa....


"Apabila kita dpt menerima hakikat lelaki & perempuan itu sgt berbeza, ibarat makhluk yg berasal dr 2 planet yg berbeza, maka sebahagian besar masalah perhubungan & rumah tangga dapat dselesaikan"

**Perempuan biasa memulakan pergaduhan tanpa sedar apabila mereka tidak berterus-terang dalam meluahkan perasaan mereka** 
p/s: buku ni best baca tuk kita fahami cara yg baik cmne nk tangani masalah komunikasi dalam rumah tangga supaya rumah tangga sentiasa harmoni.. (terdapat dalam dua versi BI dan BM).

~Love Story~

3 January 2013

Love story (Intro)

Intro..

Cerita ni basically berdasarkan pengalaman sendiri n maybe ada sikit penambahan untuk mencantikkan lagi jalan cerita..hehe.

Cerita ni ditujukan untuk En.Bf tersayang, sbab terlalu banyak sgt kenangan kita, syg kalo dlupekan begitu saja..

p/s: masih baru dlm menulis cerita ni, mohon maaf sekiranya terdapat banyak kesalahan tatabahasa n mohon maaf sekiranya jalan cerita tak berape menarik.. Tp harap dapat memberikan pengalaman menarik dalam hidup kita sume (En.Bf sekali tau)..hehe.

"Yang Baik datang dari Allah, dan setiap yg buruk itu datang dari kesilapan dan kekhilafan saya sendiri"

p/s tuk diri sendiri: Semoga saya diberikan idea tuk menulis dalam blog ni n tak malas2 hehe.. (wink2)

~> sekiranya ingin mengutarakan pendapat atau komen penambahbaikan sangat2 dialu-alukan--> jgn lupe "Leave a Comment"

~Love Story~ 

Soalan & Jawapan mengenai Rebat RM200

SOALAN LAZIM (FAQ)
PAKEJ KOMUNIKASI BELIA
1.S:Apakah Pakej Komunikasi Belia?
J:Pakej Komunikasi Belia adalah salah satu projek kerajaan Malaysia melalui SKMM di bawah bajet 2013 dan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mempertingkatkan taraf hidup rakyat terutamanya golongan belia. Kerajaan menyasarkan golongan belia ini sebagai golongan yang mampu memberi impak yang besar dalam memacu pertumbuhan ekonomi terutamanya dalam bidang e-perdagangan (e-commerce).

Pakej ini dilaksanakan pada 1 Januari 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 1.5 juta belia di Malaysia. Program ini menawarkan rebat sebanyak RM 200 untuk pembelian telefon pintar tahap permulaan melibatkan peruntukan sebanyak RM 300 juta.
2.S:Apakah syarat kelayakan untuk memohon Pakej Komunikasi Belia?
J:Syarat kelayakan adalah:
  • Pemohon berumur di antara 21-30 tahun
  • Berpendapatan kasar bulanan RM 3000 dan ke bawah
  • Sekiranya belum melanggan mana-mana pakej jalur lebar daripada penyedia perkhidmatan, dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terlibat.
3.S:Bilakah saya boleh mula memohon?
J:Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.
4.S:Bagaimana cara untuk saya memohon?
J:Untuk memudahkan proses pendaftaran, borang pra pendaftaran perlu diisi secara atas talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terlibat.
5.S:Siapakah penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini?
J:Penyedia perkhidmatan yang terlibat ialah Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster.
6.S:Berapa lamakah tempoh masa untuk membuat tuntutan rebat ini ?
J:Anda diberi masa selama 1 (satu) bulan daripada tarikh pra-pendaftaran untuk membuat tuntutan. Pra-pendaftaran akan dianggap terbatal sekiranya tiada tuntutan dibuat dalam jangka masa tersebut. Anda dibenarkan untuk mendaftar semula selepas 1 bulan.
7.S:Selepas saya membuat pra pendaftaran laman sesawang, apakah yang patut saya lakukan?
J:Anda akan memperolehi status permohonan dengan serta-merta. Jika status anda berjaya, paparan status tersebut boleh dicetak dan/atau diemel kepada anda. Cetakan atau nombor rujukan tersebut perlu dibawa ke wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah untuk membuat tuntutan dengan cara pembelian terus.
8.S:Di manakah saya boleh dapatkan senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah?
J:Senarai wakil-wakil penyedia perkhidmatan yang sah boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan terlibat mulai 1 Januari 2013.
9.S:Apakah dokumen yang perlu dikemukakan kepada wakil-wakil penyedia perkhidmatan semasa membuat tuntutan?
J:Dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan ialah seperti berikut:
  • Salinan MyKad / Kad Polis / Kad Tentera;
  • Salinan kad pelajar bagi pelajar sepenuh / separuh masa
10.S:Bagaimana cara untuk menuntut rebat ini?
J:Selepas pengesahan dilakukan di wakil-wakil penyedia perkhidmatan, anda boleh memilih telefon pintar yang ditawarkan dan rebat RM 200 akan diberi dengan serta merta. Pemohon hanya perlu membayar baki harga telefon tersebut.
11.S:Sekiranya saya belum mempunyai langganan jalur lebar, apa yang perlu saya buat?
J:Anda dikehendaki melanggan pakej jalur lebar yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan terpilih bagi melayakkan anda menuntut rebat ini.

Harga, terma serta syarat-syarat pakej langganan tertakluk kepada penyedia perkhidmatan tersebut..
12.S:Sekiranya saya telah melanggan pakej jalur lebar, perlukah saya membuat langganan yang baru untuk menuntut rebat tersebut ?
J:Tidak perlu. Walau bagaimanapun anda tetap layak untuk menuntut rebat tersebut.
13.S:Apakah jenis-jenis telefon yang boleh di beli?
J:Anda boleh membeli jenis telefon pintar tahap permulaan yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan. Senarai telefon yang termasuk di dalam skim ini boleh didapati di laman sesawang penyedia perkhidmatan mulai 1 Januari 2013.
14.S:Apakah yang boleh menyebabkan sesuatu permohonan tidak berjaya?
J:
  • Anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan
  • Nombor kad pengenalan, nombor fail LHDN, atau nombor KWSP didapati tidak sah
  • Anda telah mendaftar lebih daripada sekali
15.S:Sekiranya saya bekerja sendiri atau penggajian, perlukah saya mendapat pengesahan pendapatan bulanan atau membawa slip gaji ?
J:Tidak perlu. Sah akuan yang telah ditanda oleh pemohon di dalam borang pendaftaran dalam talian adalah bukti bahawa maklumat yang diberi adalah benar.

Walau bagaimanapun kami ingin memperingatkan bahawa sesiapa yang didapati bersalah memberi maklumat palsu boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dijatuhkan hukuman penjara selama maksimum tiga (3) tahun dan denda.
16.S:Saya seorang pelajar, adakah saya layak memohon Pakej Komunikasi Belia?
J:Pelajar sepenuh masa atau separuh masa adalah layak memohon pakej tersebut sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
17.S:Keuntungan bersih sebagai peniaga kecil-kecilan adalah RM 3,200 sebulan dan selepas ditolak perbelanjaan keluarga, pendapatan saya tinggal RM 2,000 sahaja. Adakah saya layak?
J:Tidak layak.
18.S:Bagaimanakah cara saya ingin mengekalkan nombor yang sedia ada tetapi ingin menukar kepada pakej yang baru yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan yang lain?
J:Anda dikehendaki untuk membuat Mobile Number Portability (MNP) terlebih dahulu sebelum melanggan pakej baru dengan mana-mana penyedia perkhidmatan.

MNP adalah keupayaan bagi pengguna untuk beralih kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang baru, dengan mengekalkan nombor mudah alih sedia ada.
19.S:Sekiranya saya ada pertanyaan, kepada siapa patut saya tujukan?
J:Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui email iaitu komunikasibelia@cmc.gov.my atau telefon 1-800-88-4040 (Isnin sehingga Jumaat kecuali cuti umum dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang) mulai 1 Januari 2013. Selain itu anda juga boleh menghubungi penyedia perkhidmatan yang terlibat atau hadir terus ke wakil-wakil penjual yang sah..
20.S:Adakah pendaftaran secara dalam talian ini akan beroperasi 24 jam?
J:Sistem dalam talian ini akan diberhentikan seketika pada pukul 11:00 malam sehingga 7:00 pagi setiap hari. Ini bertujuan agar penyelenggaraan sistem dan kerja mengemaskini data dapat dilakukan..
Sumber: SKMM,2012

~Love Story~

Bekas pensil

 Ni hasil tungkus lumus saya DIY bekas pensil sendiri hehe ++ jahit manik lagi tu (comey x)
(Camera setting 1 --> hmpir menyerupai yg sebenar tp hehe x berape clear bab time ni ambik bateri kamera nk abis)

(Camera setting 2 --> x pandai adjust camera..hehe)

(Camera setting 3 --> terlalu cerah la pulak huhu)

p/s: kalo nk order leh post comment ea

~Love Story~