29 December 2012

Rebat RM200 (Telefon 3G)

Seperti yg kita sume sedia maklum, dlm bajet 2013 de peruntukan RM200/- tuk beli telefon pintar 3G (yg x pintar x leh ea..hehe) yg berharga dibawah RM500/- shj.. (up ckit dh leh beli Ipad..hehe)-->jgn tamak (wink2).

Tp x sume org dpt, mau pokai kerajaan kalo setiap sorg rakyat kt Malaysia ni dapat..hehe (bab tu letak syarat kelayakan..hehe) n syarat2 permohonan yg SKMM nyatakan ialah:

  1. Hanya untuk rakyat Malaysia yang berumur dari 21-30 tahun;
  2. Pendapatan bulanan adalah sebanyak RM3,000 dan ke bawah;
  3. Model Telefon Pintar (Smartphone) bawah harga RM500;
  4. Setiap Belia hanya layak untuk membeli satu telefon pintar;
  5. Pelanggan boleh menggunakan jalur lebar mudah alih mereka yang sedia ada atau memohon untuk pakej baru
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.
SKMM dh senaraikan siap2 jenis2 telefon pintar 3G yg leh dpt rebate RM200 (jgn nk memandai2 beli selain dr yg dsenaraikn ea). Dah semestinya telefon ni sume harga kurang dr RM500 hehe.. N senarainya ialah spt dbawah ea:-

Alcatel One Touch Inspire 2

The Buzz Phone
HTC Wildfire
Huawei Ideos X3
LG Optimus L3
Ninetology Black Pearl II
Ninetology Palette
Nokia 2730
Nokia 7230
Nokia Asha 305
Nokia Asha 308
Nokia C2-03
Nokia Lumia 610
Samsung Galaxy Chat
Samsung Galaxy Mini
Samsung Galaxy Pocket
Samsung Galaxy Y
Sony Xperia Tipo
ZTE Acqua
ZTE V790
Tp, jgn isau ni senarai awal. Akan datang mybe SKMM akan update lg senarai telefon 3G yg leh dpt rebat..

SO, DON'T WORRY EA 
Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan belia yang berminat boleh memohon melalui laman web SKMM.
p/s: Nak tahu lebih lnjut leh g terus kt website SKMM ea..wink2 (En.Bf t leh bg adiah kt Cik Gf kalo dpt hehe..leh x)

~Love Story~ 

Demam Menurut Islam

Demam mcm yg kita sume tahu jadi bile suhu dalam bdan lebih dr paras normal... Maka arini tibe2 trpk nk wt entry psal demam menurut Islam pulak bab sy gn En.Bf dua2 gh demam skrng ni (bkn dmam cinta tp demam btul2 tau..hehe) ini bkn cobaan ini btul2...(wink2)
Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”

Maka, sbb tu jgnla kite mengeluh kalo slalu sgt kena demam atau penyakit2 lain sbb tu mksudnya Allah SWT syg kt kita..

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
Tp kite selalunya bile demam mst bungkus dlm selimutkn, kadang nk mandi pn xnk sekadar lap2 je cmtu..tp rupenya cara kite tu x btol sgt..
Betulkan yg biasa, jgn biasakn yg betul
Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)
Pasnie jgn takut nk mandi ea kalo demam bab kalo pk logik pn, cmne bahang dlm bdn tu nk kuar kalo x mandi, cube ambik contoh ayam panggang yg bungkus gn aluminium foil tu (hehe), sebab ape bungkus gn aluminium foil??? (ha x tau..hehe)

Sbab nk bagi cpt msak n supaya sume aroma bhan2 perap tu meresap masuk kt dlm ayam tu, baru sedap (tp tu ayam..hehe).-->goreng pn sodap

Sama jgk situasinya kalo kite demam n kite bungkus gn selimut, haba dlm bdan tu lg brkumpul la x g mana..huhu (btol x?).

Lg satu jgn merungut atau bebai kalo demam tau..hehe, sbb:-
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.

p/s: sekadar panduan & renungan bersama..hehe. nk bace lebih lanjut bace kt  majalah SOLUSI ea.

~Love Story~

28 December 2012

Lirik lagu Mahar Cinta (Devotees)

Suke sgt dengar lagu ni, rasa tenang je..just nak share lirik lagu ni je (wink2)

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap
Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
(Chorus) 
Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran
Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji
(Ulang Chorus 1x) 
Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bisa mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap
Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya.

p/s: lagu ni dtujukan untuk En.Bf ea (sy syg awk selamanya)

~Love Story~ 

Cara restore blog

Sebelum ni dah share cara macam mana nak backup blog supaya setting blog yg lama tidak hilang. Kali ni nak share cara nak restore blog pula.

Cara2nya ialah:
1. Klik 'Template'
2. Klik 'Backup / Restore' (mcm kat gmbr bwh ni):-


3. Klik 'Choose File'
-->pilih fail template blog yg sudah disave sebelum ni. (Dlm bentuk XML tu)

4. Klik 'Upload'
5. Last sekali klik 'Close' ea.

DONE!! hehe

p/s: Step ni jgk bleh digunakan kalau nak upload template2 comey kt blog (template yg free n siap edit tu), yg ada coding XML

~Love Story~

Cara backup blog

Sebelum nk edit blog or tambah ape2 item kat blog, eloklah kalo wt back up dlu mula2 sekali so nanti if anything happen at least ada back up n xda la menyesal kemudian hari..hehe

Sediakan payung sebelum hujan
Cara2nya ialah:
1. Klik 'Template'
2. Klik 'Backup/Restore'

3. Klik 'Download Full Template'


-->automatik template anda akan dibackup n disimpan di folder komputer anda. (wink2)

4. Dh siap tekan 'Close' ea.

p/s: Dh backup pastu cmne pulak nak restore balik...hehe (next tutorial: Cara nak Restore pulak ea)

 ~Love Story~

Cara wt kotak comey dalam post..

Nk kotak comey dlm post cm kt bwh ni:-

"Zuwan Love Story"

comey kn..ok cara2nya ialah:

1. Klik Template>Edit Html
2. Tick kt 'Expand Widget Template'
3. Cari kod di bawah:
}]]></b:skin>
---> nk senang cari tekan Ctrl+F pastu pastekn kod kt atas td dlm kotak yg kuar tu (cm contoh kt bwh ni)


4. Dh jumpe copy sume kod kt bwh ni:

.post blockquote { background-image:url(Image URL anda); -moz-border-radius-topleft: 10px; -moz-border-radius-bottomright: 10px; padding: 6px; Border: 2px  Solid #FA58D0; margin:1em 20px;-moz-border-radius: 25px 10px / 10px 25px;
border-radius: 25px 10px / 10px 25px;

5. Pastekn kt atas kod (}]]></b:skin>)
7. Warna Merah, Biru, Oren, Hijau & Pink leh tukar ikut citerasa masing2

AMARAN KERAS!!
kod laen jgn usik tau
Warna Merah  = Link URL background image yg dipilih
Warna Biru     = Ketebalan garisan luar
Warna Oren   = Kod html warna garisan
Warna Hijau   = Jenis garisan
Warna Pink     = Bentuk kotak

8. lepas dh tukar, Preview dulu pastu baru save ea..


p/s: nk tahu cmne nk tukar tgk next tutorial k (^-^)Y

~Love Story~

27 December 2012

Pedoman buat diri

Semalam ada terbace kt "Majalah Migguan Wanita" tajuk ~mari buat syaitan menangis~ (ditulis oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj) tgk cm interesting je so bace n bace...n isi dye lebih kurang cmnie:-

>Ada seorang isteri bertanya kepada seorang ustaz<

"Perlukah seseorang isteri itu terus taat pada suami yang jahat untuk mendapat ganjaran solehah" 

--> Dan jawapannya ialah "Ya".., Sbb:-

'Jika Islam membenarkan si isteri melawan suami hingga hilang rasa taat & hormat, rumah tangga akan menemui kehancuran"
-->Sabda Rasulullah S.A.W:-

"Ya Fatimah, tidaklah wanita yg melayani suami selama sehari semalam dgn rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah SWT mengampunkan dosa2nya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yg serba hijau dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Allah memberikn kepadanya pahala 100 kali beribadah haji dan umrah"
Maksudnya, x kirela suami itu baik atau jahat tp seandainya seorg isteri masih solehah, taat serta hormat pada suaminya, isteri akan beroleh ganjaran yg begitu besar pahalanya disisi Allah SWT.

-->Sabda Rasulullah S.A.W:-

"Bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala org yg berjihad pada jalan Allah SWT, tetapi sedikit drpd golongan kamu (isteri2) yg dpt melakukannya"
~Riwayat al-Bazzar & at-Thabrani~
** nak tau lebih lanjut leh bace kt Majalah Migguan Wanita (Bil:1518/21-27 Disember 2012), m/s 76..**

p/s: sekarang ni banyak sgt kes2 penceraian & pergaduhan rumah tangga, sume ni disebabkan masing2 pentingkan diri n xda rasa hormat sesama suami isteri-->last2 yg jd mangsa anak2. Islam dh mengaturkan setiap hukum dan panduan hidup yg ckup indah, insyallah selagi kite sentiasa berpegang dan melaksanakan segala suruhan & meninggalkan segala larangan Allah SWT, rumah tangga akan kekal aman & sentiasa mendapt redha Allah SWT.

"Ikut hati mati, Ikut rasa binasa"

~Love Story~

Time to enter widget...

Arini ingt nk insert widget comey2 pulak kt blog..hehe

Blog progress continue...(wink2)

Cubaan mendesign blog sendiri...

Huhu..ingtkn senang nk design template blog sendiri..tp mcm2 benda kena wt banyak keje..huhu
Dgn line BB yg asyik putus2 je n gn software photoshop xde..huhu memang x mampu nk wt sendiri..akhirnye surrender n bik je free2 blog template yg de kt pakcik GOOGLE..hehe. So GOOGLE punye GOOGLE akhirnya jumpela 1 webpage yang agak menarik jugakla..hehe

*BB=broadband

So kt cnie nk say thank you very much kt http://www.blogdesignsbydani.com/ sebab sudi bg free templete tok blog gn header..hehe

Byk gk template blog cantik2 kt webpage tu n dye gk ada ajar cara nk wt design sendiri.

p/s: kepada sape2 yg rajin n ade software tuk editing leh la cube, try, test wt template sendiri.. (wink2)

**tibe2 teringat kata2 adik~~> "akak ni sume nk wat"**

(hehe, akak suke tambah ilmu n suke nk belajar, lgpn x salah tambah ilmu didada tambah2 lg kalo ilmu tu mampu bantu kite d mase depan nanti....)

~Love Story~

25 December 2012