Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”
Maka, sbb tu jgnla kite mengeluh kalo slalu sgt kena demam atau penyakit2 lain sbb tu mksudnya Allah SWT syg kt kita..
Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir.
Daripada Rafi’ bin Khadij r.a., bahawa dia mendengar Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu merupakan legakan api neraka jahanam, maka sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5889)
Begitu juga sebuah hadis daripada Ibn Umar r.a., bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.” (Riwayat Muslim no. 5882)
Tp kite selalunya bile demam mst bungkus dlm selimutkn, kadang nk mandi pn xnk sekadar lap2 je cmtu..tp rupenya cara kite tu x btol sgt..
Betulkan yg biasa, jgn biasakn yg betul
Dalam Musnad dan selainnya menerusi hadis al-Hasan daripada Samurah dengan darjat marfu’ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Demam adalah sebahagian daripada pakaian api neraka, maka sejukkanlah ia menggunakan air.” Dan adalah Rasulullah s.a.w. sendiri apabila demam, Baginda s.a.w. meminta diambilkan air lalu Baginda jiruskan ke kepala Baginda, kemudian Baginda mandi.” (Riwayat al-Hakim, al-Tabrani dalam al-Ausat serta al-Bazzar)Pasnie jgn takut nk mandi ea kalo demam bab kalo pk logik pn, cmne bahang dlm bdn tu nk kuar kalo x mandi, cube ambik contoh ayam panggang yg bungkus gn aluminium foil tu (hehe), sebab ape bungkus gn aluminium foil??? (ha x tau..hehe)
Sbab nk bagi cpt msak n supaya sume aroma bhan2 perap tu meresap masuk kt dlm ayam tu, baru sedap (tp tu ayam..hehe).-->goreng pn sodap
Sama jgk situasinya kalo kite demam n kite bungkus gn selimut, haba dlm bdan tu lg brkumpul la x g mana..huhu (btol x?).
Lg satu jgn merungut atau bebai kalo demam tau..hehe, sbb:-
Di dalam kitab al-Sunan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa ia berkata: “Suatu ketika ada orang membicarakan mengenai demam dekat Rasulullah s.a.w., tiba-tiba seorang lelaki mencela penyakit tersebut. Rasulullah s.a.w. bersabda (yang bermaksud): ‘Jangan mencela demam sebab demam dapat menghapuskan dosa sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi.’” (Riwayat Ibn Majah)
Menurut riwayat sebuah athar iaitu, “Demam sehari boleh menghapuskan dosa setahun.”
Riwayat ini ada yang difahamkan bahawa demam itu meresap ke dalam setiap anggota tubuh dan sendi-sendinya. Manakala jumlah sendi-sendi tubuh adalah sebanyak tiga ratus enam puluh. Justeru, demam itu dapat menghapuskan dosa sejumlah sendi-sendi tersebut dalam sehari.
p/s: sekadar panduan & renungan bersama..hehe. nk bace lebih lanjut bace kt majalah SOLUSI ea.
~Love Story~
No comments:
Post a Comment